Demi Keselamatan Kekasih, Afifah Nasir Akan Ditemani ‘Bodyguard’ Mulai Esok

Berhubung kontroversi melibatkan Afifah Nasir dan Aliff Aziz baru-baru ini, kekasih kepada aktres tersebut, Wan Ariff Wan Azhar, akui mahu sediakan pengawal buat Afifah di lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu yang masih lagi berbaki.

Katanya, tindakan tersebut adalah sebagai langkah keselamatan buat adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu yang sebelum ini terlibat di dalam ‘drama’ yang berlaku di sebuah pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Julai lalu, yang turut membabitkan isteri Aliff, Bella Astillah.

Pasangan hero dan heroin drama tersebut akan kembali bertemu di set penggambaran buat pertama kali pada esok (Selasa) selepas kontroversi yang melanda mereka berdua.

“Esok rasanya ada boyguard kot. Bagaimanapun, saya akan temaninya di lokasi shooting pada Khamis ini,” kata Wan Ariff ringkas.

Pada masa sama, juruaudit itu turut memohon agar segala kemelut ini tidak lagi berpanjangan.

 “Nak suruh peminat maafkan Afifah pun memang tidak boleh sebab saya faham kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Cuma kalau boleh, saya mahu peminat untuk faham akan situasinya. Ya, dia juga ada lakukan kesilapan dan pada masa sama, dia juga jadi mangsa,” luah Wan Ariff jujur.

Terdahulu, Afifah,24, telah pun melakukan sidang media berkenaan perkara tersebut di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur tengahari tadi bagi menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian tersebut. – mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *