Dua pelajar vokasional dibelasah 20 senior kerana tidak mendengar arahan

Dua pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus dibelasah 20 orang senior kerana dituduh mengingkari arahan.
 
Keuda-dua mangsa yang mengambil jurusan elektronik itu mengalami lebam dan kecederaan di bahagian belakang badan.
 
Salah seorang mangsa, Wan Ahmad Faris Wan Zakaria,16, menyatakan kejadian berlaku  antara jam 11.30 malam Isnin dan berlarutan hingga awal pagi Selasa.
 
Menurutnya, dia dan rakannya sedang tidur si asrama sebelum didatangi kumpulan senior terbabit.
 
Astro Awani melaporkan, mereka dipukul, ditumbuk serta dipijak selama hampir sejam.
“Dia pukul sebab pelajar lain tuduh kami degil dan sombong dan perkara itu diperbesarkan dan kami juga tidak solat walapun sudah dikejutkan dari tidur,” katanya.
 
Mereka turut diugut sekiranya kejadian itu diadukan kepada pihak pengurusan. Ibu mangsa Sofea Abd Ghani, 43,mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
 
“Penyelia asrama menunjukkan badan anak saya akibat dipukul pelajar yang lain, saya memang terkejut dengan keadaan anak lemah dan tidak bermaya.
 
“Pihak sekolah meminta ibu bapa berbincang namun saya tetap ingin melaporkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. 
Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *