Dubai Perkenalkan Ciptaan Terbaru Mereka iaitu Rumah Terapung

Dubai sekali lagi akan mengagumi dunia dengan inovasi tarikan pelancongan yang unik dan kreatif. Selepas memperkenalkan pulau buatan, kini mereka sedang bekerja untuk menghasilkan rumah bawah laut.

Rumah itu dikatakan akan berada di tengah-tengah air laut yang jernih dan biru dan pasti akan membuatkan pelancong kagum. Rumah terapung itu terletak di Kleindienstln yang dikenali sebagai ‘Heart of Europe’ kerana mereka membina rumah untuk khas untuk pelancong daripada Eropah.

Rumah terapung itu juga telah memakan perbelanjaan sebanyak 37 juta dan telah menghabiskan lebih daripada 13 ribu jam untuk menyiapkan rekaan serta teknik pembuatan rumah terapung itu.

Selain itu, mereka juga akan membina habitat kuda laut di sekitar rumah itu.
Menurut thisisinsider, rumah terapung itu juga mempunyai ruangan bawah tanah dimana bilik tidur dan bilik air berada di bawah laut. Permandangan daripada bilik pula adalah terumbu karang seluas 500 kaki.

Jika ingin berenang pula, anda boleh turun melalui tangga yang disediakan dan keselamatan untuk berenang di sekitar rumah terapung itu juga telah dipastikan. Anda boleh dengan bebas ingin berendam, menyelam atau terjun ke dalam laut.

Bayangkan, jika anda dapat tinggal di rumah terapung itu, anda boleh melihat kuda laut secara langsung kerana terumbu karang itu akan menjadi rumah kepada kuda laut dan hidupan laut yang lain.

Selain itu, di dalam bilik itu juga akan disediakan ruang pemerhati untuk anda lihat dengan lebih mendalam mengenai kehidupan di dalam laut yang pastinya sangat cantik. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *