Eminem Bakal Jadi Produser Untuk Filem ‘Rap Battle’, Bodied

Rapper terkenal, Eminem bakal terlibat di dalam filem pertarungan rap yang lain bertajuk Bodied. Namun, tidak seperti di dalam filem blockbuster semi-autobiografinya pada tahun 2012, Mile, Eminem kali ini akan menjadi produser di dalam filem Bodied.

Berdasarkan skrip yang ditulis oleh juara pertaruang rap, Alex ‘Kid Twist’ Larsen, Bodied akan diarahkan oleh pengarah muzik video, Joseph Kahn yang pernah mengarahkan muzik video untuk Eminem, Britney Spears, Taylor Swift, Lady Gaga, U2 dan ramai lagi.

FIlem Bodied bakal ditayangkan di Toronto International Film Festival pada bulan September ini.

Di dalam trailer yang dikeluarkan pada awal bulan lalu kedengaran beberapa suara latar yang menyatakan, “Battle rap is not boxing, it’s a street fight”, “Words are weapons” dan “We battle rappers, we battle each other and disrespect each other in the ring as rappers.”

Selain itu terdapat juga suara yang mengatakan, “How sensitive the climate is towards racism and appropriation.” Trailer yang dipenuhi dengan tekanan itu berakhir dengan pertarungan rap di antara Megaton dan MC Googles.

Sementara itu, di laman sesawang festival filem itu pula mereka menerangkan filem Bodied sebagai, “Pendedahan sarkastik mengenai sukan seni yang paling brutal di dunia – pertarungan rap.” Filem ini juga dikatakan untuk mendedahkan hubungan perkauman dan akan dibintangi oleh Anthony Michael Hall, Debra Wilson, Charlamagne tha God dan Calum Worthy.

Seperti yang ditunjukkan oleh Billboard, filem ini juga akan menampilkan beberapa pertarungan rap antara adalah Loaded Lux, Dumbfoundead, Hollow Da Don dan Dizaster.

Bulan lepas, Eminem telah membuat kemunculan di dalam siri dokumentari HBO, The Defiant Ones yang menunjukkan perjalanan karier Dr. Dre dan Jimmy Lovine. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *