Esma Voloder Jadi Sasaran ‘Haters’ Kerana Jadi Miss World Australia Musllim yang Pertama

Tinggal di negara yang minoriti penduduknya adalah Muslim mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Seperti yang terjadi kepada Miss World Australia 2017, Esma Voloder. Dia telah dinobatkan sebagai ratu cantik Australia dan bakal bertanding di pertandingan Miss World 2017 pada bulan November ini di China.

Esma telah menjadi juara Miss World Australia pertama yang beragama Islam. Dan, disebabkan oleh identitinya sebagai Muslim, dia telah menjadi sasaran ‘haters’.

Ramai orang tidak menyukai dan menyokong dia memenangi Miss World Australia serta mempertikaikan kemenangannya sehingga boleh mewakili Australia bagi pertandingan ratu cantik dunia sedangkan Australia bukanlah negara Islam.

Namun, meksipun telah dibuli dengan ‘haters’, Pengarah Nasional Miss World Australia, Deborah Miller mengatakan yang Esma layaknya untuk menang. Ini kerana, Esma mempunyai watak yang kuat dan layak mewakili Australia sebagai wajah kepelbagaian budaya di Australia.

Deborah menjelaskan, “Kami telah menerima banyak panggilan telefon, ramai orang telah bercakap perkara yang buruk. Mereka mengatakan, ‘Kenapa kami telah benarkan Muslim menang?’ Esma menang kerana kami percaya dia adalah wanita yang kuat dan layak mewakili kepelbagaian budaya Australia.”

Membalas kenyataan benci dari ‘haters’ yang tidak menyukai kemenangannya, Esma memberitahu yang dia memahami keadaan tersebut dan tidak berasa marah kerana mempercayai yang ramai orang masih tidak memahami agamanya.

Esma mengatakan, “Saya telah memaafkan mereka. Saya rasa itu disebabkan oleh kurangnya pemahaman. Saya hanya mahu semua orang tahu yang kita semua adalah sama. Banyak perkara yang orang telah salah faham mengenai Islam. Saya percaya Islam itu adalah keamanan dan kemakmuran.”

Sementara itu, Esma sebenarnya telah lahir di kem pelarian selepas perang Bosnia. Dia kemudian telah berpindah ke Melbourne, Australia. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *