Filem Dunkirk Kekal Di Kedudukan Pertama Carta Box Offce

Los Angeles – Filem blockbuster arahan Christopher Nolan masih kukuh menduduki tahta cara box office Amerika Syarikat. Memasuki minggu kedua tayangan, filem pertama Harry Style itu masih kekal di kedudukan pertama dengan kutipan sebanyak $28.1 juta.

Setakat ini, filem Dunkirk telah mengumpul untung keseluruhan sebanyak $102.8 juta. Meskipun, pendapatan untuk minggu kedua telah menurun sebanyak 44.3% berbanding minggu pertama, filem ini telah menambahkan lagi tayangan di 28 pawagam lagi.

Namun, kedudukan filem Dunkirk agak terancam dengan kedatangan pendatang baru yang iaitu The Emoji Movie. Pada minggu pertama tayangan, kutipan The Emoji Movie sedikit lagi boleh mengalahkan filem Dunkirk iaitu sebanyak $25.6 juta.

Disebabkan oleh banyak review negatif yang diberikan kepada filem arahan James Corden itu, pencapaian The Emoji Movie itu ternyata luar jangkaan kerana ramai menganggap mustahil untuk filem itu memasuki carta box office.

Menurut Presiden Pengedaran Domestik Sony, Adrian Smith, walaupun menerima review negatif tetapi ia tidak mempengaruhi prestasi The Emoji Movie di pawagam. Tambahan pula, mereka tiada mempunyai banyak filem keluarga untuk dipilih di pawagam waktu ini

Adrian memberitahu NBC News, “Bagus sekiranya pengkritik filem itu sependapat, tapi akhirnya adakah filem ini telah Berjaya memenuhi jangkaan penonton? Tengok pada hasilnya, jelas The Emoji Movie telah berjaya”.

Ini juga telah disahkan oleh pengkritik filem dari ComScore, Paul Dergarabedian menyatakan, “Kanak-kanak tidak kisah akan review serta terdapat kekurangan bekalan filem keluarga di pasaran”.

Berikut merupakan senarai penuh carta box office Amerika Syarikat untuk minggu akhir bulan Julai:

1. Dunkirk – $28.1 juta

2. The EMoji Movie – $25.6 juta

3. Girls Trip – $20 juta

4. Atomic Blade – $18.5 juta

5. Spider-Man: Homecoming – $13.4 juta

6. War for the Planet of the Apes – $10.3 juta

7. Despicable Me – $7.7 juta

8. Valerian and the City of a Thousand Planets – $6.8 juta

9. Baby Drivers – $4 juta

10. Wonder Woman – $3.5 juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *