Gadis Cantik ini Berkahwin dengan Hantaran Hanya RM160

Di zaman serba moden dan mewah ini, pasti ramai wanita menginginkan bakal suami mereka seseorang yang sudah stabil, mempunyai wang yang banyak supaya hidup mereka selepas berkahwin senang dan terjamin.

Namun, ternyata tidak semua wanita zaman kini mementingkan duit kerana masih terdapat segelintir wanita yang rela hidup susah asalkan dapat bersama dengan orang yang mereka cintai.

Seperti seorang gadis cantik bernama Erika Malia Astuti atau Rika Prasetia dari Bojonegoro, bagi Rika, apa yang penting pada sebuah perkahwinan itu adalah hidup susah senang bersama selamanya.

Melalui post di Facebook, Rika telah berkongsi kisah perjalanan cintanya bersama suami. yang membawa mereka kepada perkahwinan.

Rika yang bekerja sebagai pegawai Alfamart itu menulis, “Saya berkahwin sewaktu berumur 19 tahun dengan lelaki yang berumur 23 tahun. Lelaki itu tidak berkemampuan, hantaran hanya sebanyak Rp500 ribu (RM160). Bukan disebabkan dia tidak mampu tetapi saya yang tidak meminta”.

“Saya cuma fikir, kesian suami saya bila perlu mengucapkan jumlah hantaran belanja yang sedikit itu ketika diijab kabulkan. Saya juga tidak mahu menyusahkan calon suami saya dengan pelbagai permintaan”.

Rika juga mengaku yang selepas tiga hari berkahwin mereka telah tinggal secara berdikari di rumah sewa.

“Saya bersyukur dapat tinggal berduaan dengan suami. Tidur beralaskan tilam yang nipis kerana mempunyai katil. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana cinta itu tidak perlu mewah”.

Tanpa disangka kisah percintaan Rika itu telah menjadi inspirasi kepada netizen sehingga menjadi tular di media sosial. Cerita cinta Rika itu telah dikongsi lebih daripada 56 ribu dan mendapat 123 ribu like.

Ternyata suami Rika adalah lelaki yang paling bertuah di dalam dunia ini. Harap suaminya tidak akan mensia-siakan pengorbanan Rika yang rela hidup susah bersamanya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *