Gara-Gara Mahu Elak Saman, Pemandu Lori Pura-Pura Kena Serangan Jantung

Dalam percubaan yang rumit dan tipis untuk melepaskan diri dari di saman polis di sebuah persimpangan lampu isyarat pada minggu lalu, seorang lelaki Hunan telah mengugut untuk mengantung dirinya namun apabila cubaan itu gagal dia menipu mengalami serangan jantung.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan seorang pemandu lori yang tidak mahu disaman polis cuba mengugut polis mahu mengantung dirinya dengan mengunakan tali di belakang lori itu.

Tetapi, tindakan pantas polis itu berjaya menghalang cubaan lelaki itu. Namun ia tidak berakhir disitu, lelaki itu kemudiannya mengelupur ke tanah sambil memegang dadanya berpura-pura sedang mengalami kesakitan yang sangat teruk.

Pemandu lori yang ditemani isterinya itu, cuba ditenangkan oleh polis dengan memberikan lelaki itu beberapa biskut sementara dia ditenangkan oleh isterinya. Bimbang akan kesihatan lelaki itu, polis memilih untuk menelefon talian kecemasan 120, tetapi pemandu itu secara tiba-tiba telah pulih dari serangan jantung yang dialaminya tadi.

Paramedik yang tiba di tempat kejadian tidak lama itu telah memeriksa lelaki itu dan mengesahkan yang dia sihat sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang serangan jantung.

Menurut The Paper, kejadian itu berakhir apabila polis mengeluarkan saman bernilai 200 yuan (RM 128) kepada pemandu lori itu di atas kesalahan melanggar piawaiaan kenderaan yang ditetapkan.

Meskipun usaha gigih pemandu itu tidak berhasil, kesabaran dan kesungguhan polis itu patut diberi pujian. Salah satu akaun media China juga mengatakan yang lakonan lelaki itu layak mendapat anugerah Oscar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *