Google Pixel 2017 Tertiris – Apa Kata Anda?

Beberapa minggu sebelum ini, kita telah melihat Pixel XL tertiris, dan memperlihatkan bagaimanakah telefon pintar seterusnya daripada Google akan kelihatan.

Kini, hari ini, @evleaks berkongsi melalui VentureBeat untuk gambar Google Pixel 2017.

Untuk makluman, Google Pixel adalah peranti dengan skrin bersaiz sedikit kecil jikalau dibandingkan dengan Google Pixel XL.

Daripada gambar yang tertiris, ia dilihat Google tidak mefokuskan kepada penawaran beberapa ciri-ciri yang menjadi trend pada tahun ini.

Sebagai contoh, ia menawarkan saiz bingkai yang sedikit tebal berbanding trend semasa yang menjadikannya lebih nipis. Disamping itu, tiada dwi-kamera pada peranti ini.

Seperti biasa, ini boleh dikatakan sebagai gambar tertiris awal untuk Pixel, dan masih terdapat kemungkinan Google membuat perubahan pada rekaan akhir.

Tetapi, pada masa yang sama, mungkin juga syarikat gergasi internet berkenaan melihat kepada penawaran Pixel ini pada harga yang lebih rendah, sekaligus menggunakan rekaan seperti ini.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda mengenai rekaan tertiris ini? – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *