Gosip Dengan Jejai Beri Reputasi Buruk Buat Nelydia Senrose

Menerusi ruangan pojok akhbar Harian Metro, pelakon jelita, Nelydia Senrose merayu supaya isu dia kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Fasha Sandha iaitu Jejai tidak dipanjangkan lagi. Malahan dia tidak mahu lagi memberi kenyataan mengenainya.

Akui Nelydia, dia sangat kecewa apabila ada pihak tidak tahu hujung pangkal mengenai berita yang disebarkan.

Dia juga kesal kerana secara tidak langsung berita tidak benar itu membuatkan umum memberi telahan bukan-bukan sehingga menimbulkan reputasi buruk.

Spekulasi mengenai hubungan Nelydia dengan ahli perniagaan itu mula timbul selepas tersebarnya sekeping gambar. Walaupun sebelum ini Nelydia sudah pun menafikannya, gosip terbabit terus hangat diperkatakan sehingga ada pula yang mendakwa mereka bakal bernikah.

Jelas pelakon itu, gambar tersebut kemungkinan diambil sewaktu dia keluar bersama rakan lain dan tidak berdua. Kebetulan rakannya juga kenalan Jejai. – md

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *