Hishammuddin Menggesa Siasatan Terhadap Kekayaan Dr M Dan Keluarga

Oleh Malaysia Today

Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya perlu disiasat atas kekayaan mereka yang terkumpul selama 22 tahun ketika beliau menjadi Perdana Menteri, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata, bekas pemimpin negara yang telah bersara yang kini adalah pengkritik bukanlah seorang malaikat semasa beliau berkuasa, Utusan Malaysia melaporkan dalam laman webnya.

“Jangan biarkan kita menari mengikut rentak mereka. Tun Mahathir juga perlu disiasat [atas kekayaannya dan keluarganya],” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Kangar di ibu negeri Perlis sebelum itu.

Hishammuddin juga dilaporkan berkata adalah tidak wajar untuk menyiasat tuntutan yang dibuat terhadap seseorang manakala orang yang membuat tuduhan itu terselamat.

Laporan itu tidak menyentuh konteks ulasan Hishammuddin, tetapi beliau mungkin telah memberi respons terhadap sindiran Dr Mahathir pada minggu lepas mengenai RM230 juta yang diragui yang mana terdapat dalam akaun Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 20 tahun yang lalu.

Menurut Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003, Ahmad Zahid telah membuat pengisytiharan aset kepadanya pada tahun 1996.

Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah menafikan mempunyai aset dengan nilai itu tetapi menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM pula mengatakan bahawa tiada laporan telah difailkan terhadap Ahmad Zahid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *