Hukuman penjara 7 tahun kerana meliwat kanak-kanak lelaki.

LELAKI dipenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dekat sini, hari ini selepas didapati bersalah meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Didi Muliadi Nasution Nandong, 21, dari Marang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perhubungan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa tanpa kerelaannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah masjid di Bukit Payung, Marang, jam 6.45 petang pada 27 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ramlan Taib. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *