Hutang Pulau Pinang akan melonjak ke RM1.8 bilion jika tanpa bantuan kerajaan pusat

Sudah menjadi kebiasaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng suka menyalahkan orang lain biarpun beliau dan parti rasis dan cauvinis DAP yang melakukan kesalahan. Itulah cara mudah beliau untuk menutup salah laku beliau yang terdedah dan didedahkan.

Tidak menghairankanlah apabila Setiausaha Agung DAP yang belum sah jawatannya itu pernah disifatkan sebagai bodoh sombong kerana masih belum insaf dengan perangai cakap tak serupa bikin didalam mentadbir negeri Pulau Pinang.

Bagi Ketua Menteri yang memegang 20 lebih jawatan penting dalam negeri itu, beliau mesti tunjuk imej “bersih” di hadapan rakyat. Beliau perlu tunjuk bahawa pentadbiran di bawah pimpinan kerajan parti dan cauvinis DAP kononnya “bersih” dan “telus”.

Itu sebabnya Guan Eng selama ini memutar belit segala kenyataan yang mendedahkan salah lakunya. Beliau tidak akan pernah mengakui kesalahannya, sebaliknya ia akan berusaha mencetuskan isu lain atau menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering menjadi mangsa fitnah beliau. Apa sahaja kekurangan dalam negeri, Kerajaan DAP Pulau Pinang pasti akan menunding jari kepada kerajaan BN.

Walaupun Guan Eng sebelum ini sudah mengakui bahawa 95% pengurangan hutang di Pulau Pinang adalah ekoran bantuan dari Kerajaan Persekutuan, namun beliau cuba menafikan bahawa tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan dan perjanjian penstrukturan air 2011, hutang kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja tidak dapat dikurangkan sebanyak 95% malah akan meningkat tiga kali ganda dari jumlah asalnya.

Biasalah, Guan Eng tidak dapat menerima kenyataan jika kekurangan pentadbiran di bawah kerajaan DAP didedahkan kepada umum.

“YAB Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan yang berjela di mana kandungannya sarat dengan serangan peribadi terhadap saya, dan kali ini beliau turut mendakwa saya tidak tahu mengira dan mahu saya kembali ke sekolah untuk mempelajari perakaunan.

“Sebagaimana kita tahu, Guan Eng sebelum ini sudah mengakui bahawa 95% pengurangan hutang di Pulau Pinang adalah ekoran bantuan dari Kerajaan Persekutuan.

“Ia sememangnya bukan disebabkan ‘urus tadbir yang baik’ atau polisi CAT memandangkan perbelanjaan operasi tahunan Kerajaan DAP Pulau Pinang secara konsisten melonjak hingga menjadi 500% berbanding tahun 2008.

“Bagaimanapun, Guan Eng menafikan kenyataan saya bahawa tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan dan perjanjian penstrukturan air 2011, hutang kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja tidak dapat dikurangkan sebanyak 95% malah akan meningkat tiga kali ganda dari jumlah asalnya.

“Sebab itu Guan Eng berkata saya perlu belajar perakaunan,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Tuduh orang tidak pandai mengira, padahal beliau sendiri yang tidak pandai mengira atau berpura-pura tidak pandai mengira kerana mahu menuntup fakta yang sebenarnya.

“Perkiraannya sebenarnya mudah. Saya terkejut Guan Eng tidak faham.

“Hutang Kerajaan Pulau Pinang adalah RM687.8 juta pada 2010. Berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan kemudian mengambil alih hutang RM655.24 juta dari jumlah itu dan menjadikan bakinya hanya RM32.55 juta atau 95% pengurangan hutang.

“Bagaimanapun, Guan Eng tidak mengambil kira bahawa sebagai sebahagian dari perjanjian penstrukturan air 2011 itu, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion untuk memperluaskan Empangan Mengkuang.

“Jika perjanjian penstrukturan air pada 2011 itu dibatalkan, sudah tentu hutang Kerajaan Pulau Pinang akan kembali kepada RM687.8 juta dan Pulau Pinang perlu membayar kembali geran RM1.2 bilion,” kata Abdul Rahman.

Tambahnya, ini bermakna jumlah hutang Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi RM1,887.8 juta (RM1.8 bilion) atau hampir tiga kali ganda dari hutang RM687.8 juta sedia ada.

“Sebab itulah Kerajaan Pulau Pinang tidak mahu membatalkan perjanjian penstrukturan air 2011 itu biarpun saya mencabar mereka untuk berbuat demikian.

“Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Guan Eng kerana mengesahkan geran diberikan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang yang turut membuktikan satu lagi propaganda DAP kononnya Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang adalah palsu,” kata Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut membidas Guan Eng yang turut menafikan lebihan bajet Kerajaan Pulau Pinang bukan disebabkan penjualan tanah negeri, aset milik kerajaan dan hak milik tanah.

“Pasukan BNSC ada senarai aset bernilai RM37 bilion dijual atau diperdagangkan Kerajaan Pulau Pinang sejak 2008.

“Jika Guan Eng bersetuju, saya boleh meminta pasukan BNSC untuk menunjukkan kepada Guan Eng senarai itu untuk beliau sahkan, nafikan atau perbetulkan. Apa kata anda, Guan Eng?,” katanya.

Seperti kebiasaan cara kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP, Guan Eng semalam memberi alasan untuk menutup salah beliau dengan mengatakan beliau tidak tahu di mana Rahman mendapat angka itu.

“Sekiranya kita menjual aset negeri bernilai RM37 bilion, ini bermakna kita mesti mempunyai RM37 bilion dalam akaun kita, kita tidak mempunyai RM37 bilion dalam akaun kita.

“Jadi, saya tidak tahu di mana dia mendapat angka itu. Itulah sebabnya saya mengatakan dia mempunyai masalah dengan perakaunannya,” kata Guan Eng. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *