Ini sebabnya mengapa wanita cepat nampak tua dari lelaki

Ramai wanita percaya apabila mencapai usia 20-25 tahun, ketika itulah kulit mereka cantik dan bercahaya. Nampak berseri dan juga menawan. Tetapi, apabila memasuki fasa 25 tahun ke atas, mereka perlu berwaspada kerana akan munculnya penuaan.

Ini adalah perkara normal, ada wanita yang boleh menerima perubahan tersebut dan ada juga yang berusaha keras supaya penuaantersebut tidak kelihatan, supaya nampak lebih muda.

Oleh kerana penuaan inilah yang mengakibatkan banyak wanita yang sanggup menghabiskan beribu ringgit demi sentiasa nampak muda dan berseri walaupun sudah berusia 40 an.

Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa terjadinya perkara ini, ada yang bertanya, mengapa wanita lebih cepat nampak tua berbanding lelaki? Ini antara sebab-sebabnya.

Kelenjar minyak lelaki lebih banyak berbanding wanita

Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak berbanding wanita terutama di bahagian mulut dan mata. Sebab itulah lelaki lambat mengalami penuaaan dan kedutan di bahagian tersebut. Dan sebab itu la wanita lebih cepat nampak kedutan dimata dan di bahagian mulut.

Menopouse

Semakin meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.

Penyusutan tulang

Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ia membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur. Ini adalah realitinya, semua akan berubah mengikut waktu. Jadi anda jangan la terlalu stress memikirkan perubahn tersebut. Semua orang akan merasa perubahan tersebut.

Wanita lebih mudah rasa stress

Tugas wanita lebih berat berbanding lelaki, perlu bekerja, menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak. Disebabkan itu wanita lebih kuat berfikir dan cepat rasa stress. Ini adalah antara satu faktor mengapa wanita lebih cepat tua berbanding lelaki.

Jangan terlalu stress apabila memikirkan yang kita semakin hari semakin tua. Ianya adalah lumrah hidup. Yang paling penting anda jaga pemakanan dan kesihatan diri. Moga kita semua dapat hidup lebih lama dan beribadah kepada Nya.

Sumber: Hanasuva.com/aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *