James Wan Puji Hasil Kerja David F. Sandberg dalam Annabelle: Creation

Los Angeles –Pengarah filem Annabelle: Creation iaitu David F. Sandberg telah mendapat pujian khas daripada produser James Wan kerana telah berjaya menyelesaikan projeknya dengan sangat dengan jayanya.

Ini bukan kali pertama James bekerja bersama David dalam pembuatan filem. Sebelum ini, James pernah memberi kepercayaan ke atas kemampuan David untuk mengarahkan filem seram, Lights Out pada tahun 2016 keluaran Atomic Monster.

James memberitahu Entertainment Weekly, “New Line dan saya ada pengalaman yang sangat baik sewaktu bekerja dengan David di dalam Lights Out, apabila Annabelle 2 muncul, kami semua fikir David adalah orang yang tepat untuk menjadi pengarah filem itu.”

James yang merupakan kacukan Malaysia-Australia juga percaya yang David mempunyai kualiti yang tersendiri apabila diberi kepercayaan untuk mengarahkan sesuatu filem. Dan, itu juga menjadi faktor utama kenapa James yang kini sedang sibuk memproduksikan filem Aquaman menyerahkan kerusi pengarah itu kepada David.

James menambah, “David merasa yang dia boleh membuat sesuatu yang unik dan berbeza. Dia telah bawa visinya sendiri ke dalam sekuel Annablle dan saya fikir itu telah berhasil.”

Selain itu, James juga telah memberi pujian yang sama kepada Corin Hardy, yang terpilih untuk mengembangkan Conjuring Universe melalui filem The Nun. Meskipun nama Corin Hardy masih belum terkenal, namun James percaya yang Corin juga mempunyai semangat yang tinggi dalam filem terutama sekali yang bergenre seram.

James menjelaskan. “Saya suka Corin. Dia adalah lelaki yang sangat luar biasa. Saya tempatkan Corin sama seperti David – mereka masih muda, lapar, pembuat filem masa hadapan, dan sangat bersemangat dalam genre ini. Corin seperti pencinta filem raksasa dan saya sangat menyukai semangat yang dimilikinya.”

“Ke semua pembuat filem masa hadapan ini mengingatkan saya kembali pada waktu saya memulakan karier melalui filem Saw. Itu adalah contoh pembuat filem yang saya mahu bawa ke dalam Atomic Monster. Jadi, saya tidak sabar untuk melihat apa yang Corin telah lakukan dengan The Nun. Sekarang ini kami di dalam proses ‘post-production’, mengabungkan semua elemen di dalam filem.”

Selain menceritakan mengenai Conjuring Universe, James juga telah memberikan sedikit maklumat mengenai filem The Conjuring 3. James akui yang dia masih mahu menjadi pengarah filem itu seperti yang sebelum ini tetapi itu adalah mustahil kerana dia masih mempunyai banyak projek yang perlu diselesaikan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *