‘Kami Tak Sedar Langsung Perbuatan Dia’ – Mangsa

Ya Allah. Minta jasa baik kawan-kawan tolong saya share dan viralkan dua ibls dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini. Manalah tahu kalau ada orang yang cam muka mereka.

Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri ketika berada di Butik Zara, KLCC. Muka suspek sangat jelas dan telah banyak kali kes yang sama berlaku di sini dengan modus operandi yang sama.

Geram sangat. Sebarkan agar tidak berlaku kepada orang lain.

Dua suspek perempuan disyaki berumur lebih kurang 40-an. Mereka sangat licik dalam melakukan perbuatan mereka yang juga mungkin menggunakan ilmu pukau.

Saya dan isteri memang tidak menyedari langsung perbuatan licik mereka semasa kejadian itu berlaku walaupun isteri dihimpit sedekat ini seperti yang ditunjukkan dalam video.

Hati-hati kepada pasangan yang ada anak kecil kerana suspek memang menyasarkan mangsa-mangsa yang berkeluarga. Kasihan isteri saya, dia masih dalam keadaan trauma. Laporan polis juga telah dibuat. – tr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *