Kelass Gitu..Datuk Vida Terima Resume Cinta Dari Jejaka Finland Dan Scotland

Datuk Vida yang terkenal dengan lagu viral I Am Me mungkin sekarang ini sudah popular di serata dunia. Apakan tidak, Datuk Vida sudah menerima puluhan resume cinta selepas terbuka bercerita tentang cinta baru-baru ini.

Paling mengejutkan, Datuk Vida dikatakan turut menerima resume cinta itu dari jejaka Finland dan Scotland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,”

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” kata Datuk Vida secara berseloroh.

Vida juga mengharapkan lelaki berkenaan nanti mempunyai sifat yang jujur, penyayang dan beriman.

“Saya kini lebih berhati-hati selepas gagal tiga kali dalam perkahwinan. Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang,” katanya. – ks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *