Kenapa Guan Eng asyik mengelak tentang perjanjian air?

Parti Gerakan hari ini membuat desakan kali ketujuh kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mendedahkan surat yang didakwa oleh Lim Guan Eng sebagai surat arahan kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air di negeri itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng hari ini berkata, keengganan Guan Eng mendedahkan ‘surat’ berkenaan kerana risau niat kerajaan bawah DAP itu yang mahu mengutip wang rakyat melalui tarif air setelah dinaikkan.

“Saya kalau tengok muka dia kalau Cina cakap macam sudah kesian, dah bosan sebab saya telah pun keluarkan sebanyak enam kali kenyataan lepas beliau kata fitnah kerajaan persekutuan paksa kerajaan negeri naikkan tarif air supaya selaras degan negeri lain.

“Saya dah buat enam kali kenyataan, bila saya minta dia dedahkan surat bertarikh 23 Disember tahun lepas saya tak profesional, kali kedua dedahkan lagi dia nak saman saya, lagi saya minta dedahkan dia kata saya pengecut politik,” katanya.

Sementara itu, Gerakan turut mencabar Guan Eng suapaya menjadi penakut kerana gagal tampil ke hadapan untuk menyelesaikan isu tersebut, sebaliknya hanya berlindung menggunakan badan-badan tertentu.

Pusing-pusing saja saya tetap nak dedahkan surat sama dan macam dulu minta” bahas tentang keadaan ekonomi Pulau Pinang, dia minta Penang Institute buat kenyataan dia sembunyi di belakang Penang Institue.

“Jadi ini kali ketujuh desakan dia dedahkanlah kalau di Pulau Pinang ada kebebasan menyampaikan maklumat, apa susahnya kenapa tak boleh dedahkan surat,biar semua tengok siapa yang membohong.”

Teck Meng hari ini melancarkan Jelajah Biomas yang akan diadakan pada 18 Ogos akan datang di Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor.

Penganjuran tersebut akan memberi tumpuan terhadap peluang perniagaan dalam bidang biomas kelapa sawit. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *