Kenapa mak aku ni macam menggatal private message suami kakak aku??

Assalaamualaikum.
Terima kasih kepada admin jika confession ni dapat disiarkan.

Tak tahan perangai mak. Aku ada 6 orang adik beradik. Aku anak ketiga. Aku perempuan. Sulong, abang. Kakak kedua aku dah kahwin baru setahun. Bawah aku 2 orang adik lelaki dan bongsu, perempuan. Dan alhamdulillah, abah masih ada dan sihat 🙂

Mak aku ni, luaran memang baik. Mak rajin buat solat sunat. Setiap hari nak kena buka channel tv islamik. Sikit2 nak tukar tv alhijrah, sikit2 oasis. Bila anak2 tengok drama, perli2. Mak cakap, “kalau ceramah taknak tengok, mengantuk la apa la. Kalau drama, tegak je duduk depan tv.” Tapi, mak aku join jugak kadang2 tengok drama. Kalau kitorang tengok cerita Barat lagilah mak aku sound. Mak cop semua cerita Barat tak elok. Padahal drama2 melayu ni lebih2 peluknya, lebih2 cintanya kalua nak bandingkan dengan cerita Barat.

Kalau mak ni bercakap kat rumah, asyik nak cari salah anak je. Itu tak betul, ini tak betul, Boleh kata, setiap kerja atau benda kita buat baik mak tak ucap pun terima kasih. Bukan aku buat nak balasan ucapan terima kasih daripada mak, tapi hal ni terungkit bila kita buat salah sikit, mula lah cakap kita pemalas. Mak buat muka. Mak tak cakap dengan kita. Kadang okay, kadang tidak.

Mak suka cakap belit2 dengan abah. Tak tau lah nak cerita macam mana. Terlalu complicated. Lebih kurang, bila abah Tanya soalan A, mak jawab A.a la.. apa la.. Padahal aku yang dengar ni, tau cerita betul. Mmmm aku pun tak tau nak cakap macam mana.

Adik beradik aku pun tak suka mak aku macam ni.. Sebab tak tahan kot mak aku macam tu, Kadang2 rasa mak aku ni pura2 ke baik solat sunat bagai, suka tengok ceramah bagai, tapi, muluttt mmmm tak tau nak describe macam mana.

Pasal kakak aku pula, kakak aku kan dah kahwin. Aku rasa mulut mak aku ni buatkan perkahwinan kakak aku jadi tak betul. Aku dapat tau yang kakak aku ni pun ada buat perangai jugak kat suami dia. Tapi, biar diorang settle sendiri lah kan? Kalau mak bapak masuk campur sangat sampaikan 24jam nak bagi nasihat, Bukan sahaja muak anak menantu nak dengar. Malah menyampah lagi benci dengan suara “nasihat” tu. Kakak aku selalu juga WhatsApp aku. Dia cakap lah yang mak aku selalu WhatsApp suami kakak aku tu, bagi nasihat la.. Share ayat2 islamik. TAPIKAN kita dah ada group WhatsApp! Kenapa tak send kat situ je? Kenapa mak aku ni macam menggatal private message suami kakak aku??..Masa kakak aku dan suami dia balik rumah mak aku, menggeletis je aku tengok perangai mak aku ni. Macam gedik. Kalau kat meja makan, mak aku gedik2 hulur makanan kat suami kakak aku. Mak aku cakap2 lepas tu gelak2. Sampaikan abah cakap, “Kenapa awak ni gedik ni?” Haaaaa ambik abah cakap depan2. Mak aku macam biasalah, cakap, “Apalah abang ni..” sambil gelak2 macam cover la. Aku naik menyampah tau. Adik2 aku yang lain termasuk kakak aku tu, memang buat muka je la hadap perangai mak kitorang macam tu. Geleng kepala oi.

Mak aku sikit2 nak cerita kat aku pasal menantu dia tu. Sampaikan aku cakap kat mak aku, “ mak, Alang taknak dengar lagi pasal diorg. Biar jelah diorang dah kahwin. Pandai2lah urus rumahtangga diorang sendir. Penat lah nak dengar mak cakap macam2 pasal diorang”. Mak aku balas, “Kita kena betulkan diorang. Yang mana tak betul kena tegur. Alang jangan cakap malas nak layan apa semua ni. Nanti jadi kat Alang, baru tau.” Aku habis ayat dah nak reply balik.

Aku okay je kalau mak aku nak nasihat diorang ke apa. Tapi, sebab mak aku punya mulut ni menyakitkan hati, Cakap belit2.. Macam api2kan orang… So, aku minta lah mak aku jangan campur sangat rumahtangga diorang. Nanti lebih teruk. Tapi, mak kan, dia tau dia je yang betul. Kakak aku lah yang selalu mengadu kat aku. Kakak aku kata, mak aku cakap kat suami kakak aku, suruh kakak aku pakai baju labuh, mengaji selalu etc.(Well, Nampak tak nasihat mak aku tu baik2 je. Tapi, kitorang adik beradik memang rasa macam mak aku ni menunjuk2 dia tu baik depan menantu ke apa?? Suami kakak aku ni pulak,, mak aiiiii nak je aku sound. Sebab dia ikut je..Macam lalang. Pertahankan lah sikit isteri kau tu.. Kakak aku pulak jadi stress sebab suami dia asyik ikut telunjuk mak.

Sekarang ni aku baru je grad. Masih belum kerja. Aku fikir nak sewa rumah lain je bila dah dapat kerja. Nak kerja jauh2 sikit daripada rumah. Sebab aku taknak selalu conflict ni berlaku. Aku taknak hati aku 24jam melawan atau memberontak dengan perangai mak aku. Sebab aku taknak derhaka. Pada aku, lebih baik tak jumpa mak T.T

AKU nak cadangkan lah ye kepada ustaz2 atau ustazah2 atau yang sama waktu dengannya, next time, tolonglah buat ceramah tajuk2 macam “Mak derhaka”, “Tugas Mak” ke apa. Selalunya para penceramah asyik point kat anak je. Anak kena taat pada ibu bapa. Tak boleh merungut. Tak boleh lawan cakap. Iye betul, sebab dalam alQuran Allah ada firman macam tu. Tapi, sebagai ibu bapa? Macam mana? Asyik nak menangkan ibu bapa, anak2 hati tersiat, hati terluka, tak mengapa?

Aku nak sangat jadi anak yang solehah. Taat mak abah. Tak melawan cakap mereka. Sebab aku nak masuk Syurga. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa..T.T
Tapi bila perangai mak macam ni, hati aku selalu jadi memberontak. Selalu terdetik dalam hati ni, mak aku tunjuk baik bagai. Kadang2 memang aku luahkan je apa yang aku rasa betul. Macam kes mak aku nak “nasihat” kakak aku punya rumahtangga tu supaya mak tak campur tangan sangat.

Apa perlu aku buat lagi?

Selalu aku fikir, berapa lama sangatlah hidup kat dunia ni. Around 60-70 years je. Singkat je masanya. Dengar je lah apa mak cakap. Tahanlah sekejap. T.T Well, aku manusia juga akhirnya, sakit tetap sakit. mmmmm

Aku sayang mak aku. Aku nak dia bahagia. Tapi bila perangai mak macam tu, aku jadi menyampah. Huh. Sorry sebab panjang sangat bercerita. Saja nak luah. Sebab nak tau pandangan readers macam mana. Terima kasih sudi baca. Doakan aku dan adik beradik aku jadi anak yang soleh solehah. Ameen.

– Insan yang perlukan komen2 yang membina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *