Kenyataan 1MDB berkenaan pembayaran yang perlu dibuat kepada IPIC

Semua pembayaran yang perlu 1MDB buat kepada IPIC akan dibayar menggunakan hasil dari pelan rasionalisasi 1MDB.

1MDB sendiri sedang menunggu dana yang sepatutnya diterima pada bulan Julai 2017.

Disebabkan oleh keperluan untuk kelulusan kawal selia tambahan, penerimaan dana tersebut telah ditunda kepada bulan Ogos 2017.

Memandangkan ini adalah dana yang akan digunakan untuk membayar IPIC, 1MDB telah menulis kepada IPIC untuk memaklumkan kepada mereka tentang komitmen kami untuk memenuhi tanggungjawab itu, yang pada asalnya ditetapkan pada 31 Julai 2017, pada bulan Ogos 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *