Ketua Cawangan UMNO digesa jawab fitnah pembangkang.

Didalam keadaan dimana fitnah pembangkang terhadap kerajaan semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti, pemimpin-pemimpin parti melayu terbesar di dalam negara iaitu UMNO digesa supaya lebih aktif memainkan peranan masing-masing.

Tak terkecuali, ketua-ketua cawangan UMNO di seluruh negara yang dinasihatkan supaya tampil kedepan didalam menjawab segala tohmahan dan juga dakyah-dakyah palsu yang disebarkan kepada ahli-ahli cawangan mereka.

Medium penyebaran fitnah serta dakyah palsu yang kini tertumpu kepada laman sosial seperti Facebook serta Twitter, dan juga group-group sembang seperti Whatsapp perlu dipantau dengan lebih teliti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hampir setiap hari ada sahaja berita tidak tepat dan tanpa fakta terhadap kerajaan, yang dikhuatiri boleh menjejaskan anggota parti yang goyah pendiriannya.

“Pembangkang bukan hendakkan kebenaran tapi untuk timbulkan rasa kurang yakin (terhadap UMNO). Kalau ada perkara yang rasa tidak yakin, boleh tanya pada pemimpin. Mereka boleh terangkan supaya perkara yang benar boleh dijelaskan kepada anggota.

“Di Bera, saya ingatkan mereka untuk tanya terus kepada saya di dalam kumpulan WhatsApp kerana saya berada di dalamnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Ketua UMNO Cawangan-cawangan Bera di Bangunan UMNO di sini, hari ini.

Ismail Sabri menambah ketua cawangan juga perlu menunjukkan jati diri dan keyakinan yang tinggi terhadap parti kerana mereka juga berperanan sebagai benteng kerajaan, menjadikan mereka tidak boleh goyah dengan fitnah pembangkang.

“Jika mereka (ketua cawangan) goyah, maka anggota akan lebih goyang daripada mereka,” katanya.

Ismail Sabri juga mengingatkan semua ketua cawangan untuk ‘memeriahkan’ bilik gerakan masing-masing sebagai amaran bahawa UMNO Bahagian Bera telah bersedia untuk menghadapi PRU14 dan terus melipatgandakan usaha menambah bilangan pengundi.

Katanya, sebagai menarik golongan muda terhadap UMNO, pendekatan seperti mengadakan aktiviti riadah boleh dilaksanakan di bilik gerakan.

Selain itu, beliau juga meminta UMNO Bahagian Bera untuk tidak berada dalam keadaan selesa meskipun beberapa siri ceramah perdana anjuran pembangkang sekitar Parlimen itu tidak mendapat sambutan penduduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *