Kewujudan 200 kilang haram bukti rasuah berleluasa di Pulau Pinang.

Keadaan pentadbiran DAP di Pulau Pinang semakin bergelora apabila bukan sahaja Ketua Menterinya dilanda dengan masalah rasuah, tetapi agensi negeri juga dilihat seakan-akan turut terpalit sama dengan ‘penyakit’ berkenaan.

Susulan dari serbuan keatas sebuah kilang haram di Sungai Lembu baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjadi sasaran pelbagai pihak.

Kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun itu menjadi misteri biarpun banyak aduan telah dibuat oleh penduduk setempat kepada MPSP dan juga kerajaan negeri.

Persoalannya, jika peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang diambil tindakan dengan pantas tanpa sebarang belas kasihan, mengapakah kilang haram berkenaan begitu kebal dari tindakan penguatkuasaan oleh Majlis tempatan?

Tambah mengejutkan, Naib presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Isahak mendedahkan bahawa terdapat 200 kilang haram yang masih beroperasi sehingga kini di Pulau Pinang.

Menurut beliau, 150 kilang berkenaan beroperasi di Seberang Perai dan bakinya dikesan beroperasi di bahagian Pulau.

“51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9) manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing 1 di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.

“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

“Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan ini,” katanya”

Guan Eng sebelum ini pula cuba mengalihkan kepincangan pentadbiran negeri kepada kerajaan terdahulu. Beliau mendakwa semua kilang yang beroperasi secara haram sebelum tahun 2008 tidak diambil tindakan.

Kenyataan Guan Eng ini jelas menunjukkan beliau dan DAP negeri sangat mengambil mudah dalam soal rasuah di negeri ini. Jika pentadbiran DAP di Pulau Pinang benar-benar telus, tindakan samarata dan adil dijalankan keatas semua pihak. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *