Kim Kardashian sumbang RM2.1 juta bantu Taufan Harvey

LOS ANGELES: Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey.

Beliau menyertai barisan bintang lain seperti Jennifer Lopez, Dwayne Johnson, pemain NFL J J Watt dan pelawak Kevin Hart yang menjanjikan dana bagi membantu ribuan penduduk terjejas akibat bencana itu di Texas.

Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe dan Kourtney serta ibu mereka, Kris Jenner, membuat janji itu di Twitter, menyalurkan dana mereka kepada pertubuhan Palang Merah dan Salvation Army.

“Houston, kami mendoakan kamu! Ibu, adik beradik perempuan saya dan saya akan menderma AS$500,000,” katanya menerusi Twitter.

Ribut Tropika Harvey, yang melanda Texas sebagai taufan hujung minggu lalu, menyebabkan banjir teruk di negeri itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan melumpuhkan Houston.

Pegawai bandar raya sudah bersiap sedia memberi perlindungan kepada 19,000 penduduk, dengan ribuan lagi dijangka meninggalkan kawasan terjejas. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *