Kisah Menarik Di MTV Music Awards 2017 Semalam

MTV Music Awards akhirnya menutup tirai dengan menyaksikan kemenangan besar penyanyi, Kendrick Lemar merangkul enam trofi.Kendrick memenangi anugerah Muzik Video Terbaik, Muzik Video Hip Hop Terbaik, Arahan Terbaik, Cinematografi Terbaik, Pengarahan Seni Terbaik dan Efek Visual Terbaik untuk lagu Humble.

Manakala penyanyi Ed Sheeran pula dinobatkan sebagai Artis Terbaik Tahun 2017.

MTV Music Awards yang dihoskan Katy Perry disifatkan lebih ‘sopan’ berbanding tahun-tahun terdahulu, kurang elemen kejutan dan persembahan luar biasa.

Namun, lebih menekankan persembahan dan ucapan pemenang yang menyentuh hati.

Kami senaraikan lima perkara menarik yang berlaku sepanjang MTV Music Awards 2017 yang berlangsung di The Forum, New York, Amerika Syarikat semalam.

1) Gimik pembukaan Kendrick Lemar

Pernahkah anda terfikir sesebuah acara anugerah dibuka dengan persembahan ‘membakar’ seorang lelaki di pentas?

Ya, seorang lelaki ‘dibakar’ hidup-hidup ketika nyanyian lagu medley Kendrick, DNA dan Humble.

2) Tribut Chester Bennington

Kehadiran Jared Leto dalam acara ini untuk mempromosikan single terbaharu band Thirty Seconds to Mars, Walk On Water.

Namun, sebaik menjejakkan kaki di pentas, pelakon itu menyampaikan ucapan dan nasihat kepada individu yang berdepan dengan isu sama dengan mendiang Chester.

Lebih mengharukan, MTV Music Awards 2017 menayangkan semula persembahan Linkin Park untuk anugerah sama tahun 2010. Semua audiens berjurai air mata!

3) P!nk dan kisah comel anak perempuannya

P!nk pulang bersama trofi Michael Jackson Video Vanguard Award tahun ini.

Bagaimanapun, anak perempuannya, Willow, 6, lebih mencuri perhatian apabila muncul berpakaian sedondon dengan ibu bapanya.

4) Lorde demam selesema

Lorde mempersembahkan lagu terbaharunya, Homemade Dynamite.

Namun, lebih mencuri perhatian apabila aksi tariannya dilihat pelik dan janggal.

Kata Lorde yang tampil dengan dres ungu pada anugerah itu, dia masih demam dan selesema. Itu punca persembahannya kurang kick!

5) Debut Muzik Video Taylor Swift

Penyanyi Taylor Swift pertama kali menayangkan muzik video lagu terbaharunya, Look What You Made Me Do ketika MTV Music Awards 2017.

Dalam banyak-banyak komen, Shawn Mendes antara individu yang memuji dan teruja dengan muzik video itu.

“Memang terbaik! Saya sangat teruja dia muncul kembali kerana saya merindukannya,” katanya kepada E!News.

sumber : astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *