Kisah Seram Disebalik Penggambaran Filem Annabelle: Creation Dibongkar

Los Angeles – Filem Annabelle: Creation baru sahaja ditayangkan dan bersedia untuk menghantui anda dipawagam. Filem itu juga merupakan jawapan kepada permintaan peminat yang mahukan filem ‘spin-off’ Annabelle yang sebelum ini dikeluarkan pada tahun 2014.

Annabelle: Creation menceritakan mengenai Samuel (LaPaglia) dan Esther Mullins (Otto) yang mempunyai seorang anak perempuan. Namun, anak perempuan mereka telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah lori.

Mereka kemudian menemui cara untuk menghidupkan semula roh anak perempuan mereka iaitu dengan cara membuat satu anak patung supaya roh anak perempuan mereka boleh masuk ke dalam anak patung itu.

Samuel yang merupakan tukang kayu, akhirnya telah mencipta dan membuat anak patung yang paling dikenali kini iaitu Annabelle.

Di dalam sebuah video di sebalik takbir pembuatan filem itu, pengarah Annabelle telah mengambarkan keseraman proses pembuatan filem itu dan semuanya bermula dari dia yang merupakan pengarah. Dan, itu memerlukan dia untuk melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai kewujudan Annabelle.

Pengarah, David Sandberng memberitahu, “Apabila anda menonton cerita ini dan perlu melihat beberapa gambar lama, ada sesuatu yang sangat menakutkan yang boleh dilihat dari masa lalu.”

Sementara itu, Lulu Wilson yang melakonkan watak Linda mengatakan yang Annabelle itu bukanlah anak patung yang biasa. Annabelle hidup dengan semua maklumatnya.

Lulu menjelaskan, “Dia kelihatan sama seperti manusia, dia tidak kelihatan seperti anak patung yang lain. Dia tidak kelihatan seperti gadis dari Amerika sama sekali, dia kelihatan seperti Annabelle. Muka dia sangat ‘real’, matanya dengan bentuk dan warnanya sangat hidup.”

Annabelle: Creation telah termasuk di dalam senarai panjang Conjuring Universe yang dihasilkan oleh Warner Bros. Selepas filem Annabelle, Warner Bros kini sedang membuat persiapan untuk menyiapkan filem ‘spin-off’ The Conjuring iaitu The Nun. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *