Komen Afifah Nasir Bila Dikatakan Hilang Punca Rezeki Sebaik Kontroversi Pemusnah Rumah Tangga Orang Melanda

Nampaknya spekulasi tentang pembatalan beberapa jenama besar yang melibatkan Afifah Nasir hangat diperkatakan sejak ia mula diviralkan di sosial media.

Sungguh pun tiada kata putus daripada mana-mana pihak, ramai yang terus membuat andaian dan menganggap Afifah kehilangan punca rezeki kerana kontroversi yang melanda. Namun MH Online ada jawapan sebenar.

Menurut Afifah semua kenyataan yang dikeluarkan oleh netizen tidak benar. Malah, dia akui tidak terikat dengan mana-mana brand seperti yang diperkatakan oleh netizen.

“Semua itu memang rekaan sahaja. Fifa sendiri tak tahu siapa yang pandai-pandai buat cerita macam tu.

“Fifa tak pernah pun ada mana-mana kontrak dengan mana-mana brand,” jelasnya.

Afifah yang telah dihubungi oleh MH Online turut pelik dan tidak tahu dari mana cerita sebegini boleh timbul.

 Apa pun segala persoalan orang ramai tentang perkara ini akhirnya terjawab. Malah harap-harap semua pihak tidak lagi membuat spekulasi yang tidak benar tentang isu ini.

Sebelum ini Afifah telah dilanda kontroversi di mana dia bersama Aliff Aziz kantoi di sebuah bilik karaoke berdua-duan, malah lebih memeranjatkan ada sebuah video yang memaparkan individu seperti Aliff dan Affifah berpegangan tangan melalui sebuah lorong yang dipercayai di tempat karaoke yang terletak di Cheras.

Namun cerita ini semakin reda sebaik sahaja Aliff tampil ke hadapan dan mengaku kesalahan serta meminta maaf secara terbuka. – mh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *