Konsert DNCE Live in KL Meriah

Kumpulan DNCE dari Amerika Syarikat (AS) menggegarkan KL Live dengan persembahan lincah dan bertenaga pada konsert sulung mereka di negara ini, malam ini.

Dihadiri lebih 1,500 penonton, DNCE yang dianggotai Joe Jonas (penyanyi), JinJoo Lee (gitar), Cole Whittle (bass) dan Jack Lawless (dram) itu cukup bertenaga di pentas dengan pelbagai aksi termasuk berlari.

Menurut Joe, mereka sangat teruja dapat ke Malaysia sebagai lokasi pertama untuk siri konsert jelajah di Asia Tenggara.

“Ini adalah lokasi pertama kami untuk konsert di Asia Tenggara. Terima kasih kerana datang dan ia sangat indah mendapat sokongan sebegini,” katanya.

DNCE mempersembahkan rangkaian lagu popular mereka antaranya DNCE, Body Moves, Zoom, Blown, Let’s Dance, Freedom, Good Day, Dr. You, Almost, Toothbrush, Be Mean, White Stripes, Kissing Strangers, Unsweet, Pay My Rent, dan Cake By The Ocean. – harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *