Lelaki Arizona Temui ‘Spider-Scorpion Hybrids’ Berhampiran Rumahnya

Jika anda meragui kewujudan ‘spider-scorpion hybrids’, sudah sampai masanya untuk anda mengubah pemikiran itu kerana ia benar-benar wujud.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang tinggal di Arizona telah menemui ‘spider-scorpion hybrids’ berhampiran dengan rumahnya.

Ini bukanlah kes seperti anda mendengar atau melihat labah-labah atau kala jengking biasa yang kecil dan comel tetapi ini adalah kombinasi kepada labah-labah biasa dan kala jengking padang pasir dan ia kelihatan sangat mengerunkan.

Labah-labah unta yang juga dikenali sebagai kala jengking angin itu mempunyai kedua-dua sifat labah-labah dan juga kala jengking. Meskipun ia layak dipanggil ‘arachnid’. Labah-labah unta itu juga mempunyai penyepit yang sangat kuat dan rahang yang sangat besar dan itu membuatkan ia kelihatan seperti kala jengking.

Soerang pembina bernama Thomas Acosta telah menemui makhluk itu berhampiran dengan rumahnya di Phoenix, Arizona, di mana dia rupanya telah tinggal bersama makhluk menakutkan itu selama 37 tahun.

Thomas memberitahu KGun9, “Saya tidak tahu dia berasal daripada Arizona, saya pernah melihat labah-labah unta tapi saya dengar mereka berada di Iraq.”
Disebabkan oleh rahangnya yang besar, labah-labah unta boleh memakan cicak kecil, tikus malah juga burung.

Disebabkan rasa bimbang akan keselamatan, Thomas memutuskan untuk mencari pembasmi serangga dengan segera. Thomas juga menjelaskan yang, “Kami mempunyai haiwan peliharaan yang kecil, dan saya tidak mahu ada apa-apa yang menyakitinya, dia sudah agak tua.”

Namun, yang baiknya adalah walaupun ‘spider-scorpion hybrids’ itu kelihatan sangat mengerunkan tetapi ia sebenarnya tidak berbisa dan tidak mungkin akan mencederakan orang tanpa sebab tapi ia masih tetap menakutkan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *