‘Lepas kahwin saja gemuk’ Kahwin tak salah dan bukan penyebab naik berat badan

Rata-rata orang perempuan yang dah bergelar isteri akan alami masalah ini; ‘Lepas Kahwin Je Mesti Gemuk’. Bila dah mula kena tegur dengan kawan-kawan, adik beradik malah mak ayah, mulalah anda gelabah. Cari segala macam teknik diet yang boleh diamalkan. Kadang tu sampai sanggup tak makan nasi dekat dua minggu. Tapi yang stressnya badan tetap begitu. Paling seram makin naik.

Mana silapnya ya? Anda pun tak faham kenapa dah cuba cara diet yang ditemui di facebook, IG, twitter malah website kesannya tetap ‘kosong’… tak berubah. Jangan salahkan semua itu, tapi lihat dulu kenapa hal ini (masalah naik badan) boleh berlaku pada anda. Coach Syai Aizat berkongsi 3 sebab ini yang memang anda akan buat ketika bahagia menguasai diri.lepas kahwin gemuk

Lepas Kahwin Je Mesti Orang Gemuk?

Selalu kita lihat orang naik berat badan selepas berkahwin.Kenapa jadi macam tu?.Adakah itu side effect kahwin?
.
Okay biar syai share sikit.Sebenarnya kahwin tidak salah dan bukanlah penyebab anda naik berat badan dan ada yang kata mungkin kesan daripada “hubungan suami isteri” yang menyebabkan perempuan naik berat badan.
.
Sebenarnya ia adalah tidak benar. Cuba anda semak semula aktiviti anda seharian selepas kahwin. Apa perbezaan sebelum kahwin dan selepas kahwin?
.
Selalunya orang selepas kahwin dia akan ada satu cabaran baru iaitu ‘Rasa bebas pemakanan selepas dah ade suami’

1. Aku Dah Ada Suami Yeeah! 

So masa ni aku nak makan segala-galanya sebab aku dah ade suami dulu tak ada suami kenalah jaga body sikit..

2. Selepas Kahwin Adalah Satu Perkara Yang Paling Sweet Bila…

Makan sama sama. Ya makan sama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan.

3. Makan Lebihan Anak

‘Makanan anak makanan mak, Makanan mak makanan mak jugak’. Okay ini adalah satu lagi cabaran untuk seorang yang sudah berkeluarga. Sebab kebanyakkan makananan anak tak habis so terpaksalah si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka.

Apa Yang Cuba Saya Sampaikan

Apa yang menyebabkan anda naik berat badan selepas kahwin adalah akibat daripada pemakanan anda yang tidak betul bukan la side effect selepas kahwin. Sekiranya anda masih kekalkan habit menjaga kesihatan selepas kahwin anda pasti tidak akan naik berat badan.

Sumber/Foto: Coach Syai Aizat via Mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *