Mahathir tak perlu ‘meroyan’ bila anak disiasat LHDN

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad bersikap tenang dan berlapang dada apabila beberapa syarikat milik anak beliau disiasat Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia prosedur biasa dan Tun M tidak perlu melatah mempertikaikan mana-mana pihak untuk turut sama disiasat.

“Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka dengan telus dan penuh profesional tanpa mengambil kira sentimen tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, pihaknya juga menggesa agar Tun M tidak melatah dan melompat apabila pihak LHDN menjalankan tugas mereka.

“Pemuda UMNO Kedah ingin memperingatkan Tun M pentadbiran dan operasi agensi atau pun badan kerajaan bukannya seperti dahulu iaitu zaman beliau menjadi Perdana Menteri yang mentadbir secara kuku besi tetapi kali ini semua agensi dan badan kerajaan telah menjadi proses transformasi untuk lebih profesional dan telus.

“Oleh yang demikian tidak timbul soal LHDN dan agensi kerajaan menjadi boneka kepada mana-mana pihak,” katanya lagi.

Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya anak-anak Tun M tidak lagi berada didalam ‘sangkar emas’ ataupun dilindungi oleh tangan-tangan yang tertentu.

“Pemuda UMNO Kedah memohon agar pihak berkuasa terus menjalankan tugasan mereka tanpa sebarang ketakutan dan tekanan. Hakikatnya kekayaan luar biasa anak-anak Tun M ini perlu dibongkar kerana mereka sudah lama dilindungi oleh kuasa-kuasa tertentu,” katanya.

Pemuda UMNO Kedah juga mahu pihak berkuasa dengan serta merta membuka kertas siasatan khas bagi menyiasat sekiranya wujud salah laku korporat syarikat-syarikat milikan anak-anak Tun M.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *