Majlis Keselamatan mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara dan sebulat suara menuntut Pyongyang menghentikan program itu selepas roket dibedil ke arah Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik.

Agensi 15 negara anggota itu kekal bersatu selepas provokasi terbaru Kim Jong-Un, dengan China dan Russia bersetuju menandatangani kenyataan mengutuk tindakan rejim itu. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *