Malaysia perlu lahirkan bakat tempatan, bukan import orang luar

KUALA LUMPUR – Seorang ahli akademi menegaskan perusahan kecil dan sederhana (PKS) tempatan perlu memanfaatkan kepakaran golongan profesor bagi meningkatkan inovasi dan membangunkan produk tempatan.

Wan Fairuz Wan Chik berkata ia antara cara untuk merapatkan jurang inovasi yang bergerak perlahan sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

“Tetapi (mereka) tidak melibatkan diri dengan universiti untuk merapatkan jurang dan memacu inovasi PKS tempatan.
“Sayang sekali ada banyak universiti berasaskan penyelidikan. Apa jadi dengan penyelidikan mereka? Mengapa kepakaran mereka tidak dimanfaatkan?” katanya kepada FMT selepas menghadiri persidangan Asia-Eropah semalam.

Beliau berkata negara menumpukan kepada inovasi sejak pertengahan 80-an hingga lewat 90-an tetapi kini beralih kepada memulakan perniagaan dan teknologi.

Beliau menambah kerajaan pada 70-an lagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi orang Melayu.

“Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa beliau memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

“Pada masa itu kita tumpu kepada pemindahan pengetahuan dan mengangkat PKS tempatan,” katanya.

Beliau mengambil Proton yang dilihat sebagai perusahaan negara sebagai contoh.

Namun, selepas 30 tahun Malaysia gagal menjadi pemain automobil dunia.

“Ini membimbangkan saya. Apakah usaha kita untuk mengangkat produk tempatan berada di arah yang betul?

“Seperti Jerman dan Korea mereka tumpu kepada inovasi dan memulakan perniagaan.”

Beliau berkata kerjasama Proton dan syarikat China, Geely, bagus untuk pasaran eksport dan mungkin mampu menambahbaik jualan kereta.

“Tetapi bagaimana pula dengan inovasi bakat tempatan? Kita masih bergantung kepada bakat dari luar negara,” katanya.

Wan Fairuz yang mempunyai PhD dalam pembentukan IKS berkata negara kini tumpu kepada menggalakkan pelajar menjadi usahawan.

“Kita bercakap mengenai memberi bantuan kewangan kepada orang yang mula berniaga.

“Apa jadi dengan mereka yang mula berniaga 30 tahun dulu dan mahu meninggikan skala produk mereka?

“Mereka pergi ke China, Thailand dan sebagainya. Mereka sepatutnya kekal di sini menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan.”

Beliau berharap dana penyelidikan untuk universiti tidak dikurangkan kerana banyak penyelidikan bagi menambahbaik penyelidikan dan pembangunan produk tempatan sedang berjalan.

Wan Fairuz menekankan sistem pendidikan perlu mengikut negara Eropah untuk menghasilkan pemikir kritikal.

“Inovasi berhubungkait dengan sistem pendidikan. Ia perlu lahirkan pemikir kritikal.

“Ia perlu bermula dari sekolah rendah. Pelajar perlukan aktiviti luar kelas. Perlukan pemetaan fikiran.

“Galakkan mereka melontar idea mengenai cara menyelesaikan isu. Bina kendiri mereka.”

Beliau berkata negara perlu tumpu membangunkan inovasi tempatan dan kekal di landasan itu jika mahu mencapai status tinggi dan menjadi negara berpendapatan tinggi. – fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *