Marvel Bakal Keluarkan ‘Spin-Off’ untuk Ravagers

Los Angeles – Marvel sekali lagi akan membuat ‘spin-off’ untuk watak-watak terkenal dari filem keluaran mereka yang mendapat sambutan hangat. Khabar angin terbaru mengatakan yang Marvel akan membuat ‘spin-off’ dari pasukan Ravagers yang muncul di dalam Guardian of the Galaxy Vol. 2.

Khabar angin itu bermula daripada pengarah James Gunn yang menyatakan Marvel sedang melihat kemungkinan untuk membuat filem dengan pasukan Ravagers sebagai bintang utama.

Gunn memberitahu ComicBook, “Sentiasa ada perbincangan mengenai Ravagers. Itu mungkin akan menjadi Ravagers.”

Namun, Gunn telah menekankan yang masih belum ada kepastian atau pengesahan daripada Marvel mengenai ‘spin-off’ Ravagers sehingga kini. Tetapi kemungkinannya masih ada dan dia gembira jika diberi kepercayaan untuk mengarahkan Ravagers suatu hari nanti.

Gunn menambah, “Kemungkinan itu selalu ada. Saya gembira jika dapat menjadi pengarah.”
Gunn menyatakan jika menghidupkan Ravagers ia pasti sama seperti ketika Guardians of the Galaxy baru bemula. Pelakonnya juga belum terkenal tetapi selepas sahaja filem itu ditayangkan, semua orang telah menjadikan mereka sebagai superhero idaman mereka.

Buat masa ini telah ada enam orang ahli Ravagers yang telah diperkenalkan oleh Marvel di dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2. Mereka adalah Stoke Ogord, Aleta Ogord, Martinex, Charlie-27, Krugarr dan Mainframe.

Meskipun nama-nama itu masih tidak dikenali ramai, tetapi mereka adalah pelakon yang sangat hebat. Sebut sahaja Sylvester Stallone, Miley Cyrus, Ving Rhames dan Michael Rosenbaum pasti semua akan kenali mereka.

Bagi yang tidak tahu, Ravagers adalah sekumpulan penjahat yang merupakan pemburu, bandits, pencuri, pemburu hadiah dan juga lanun. Terdapat banyak pasukan Ravagers dan setiap pasukan akan memilih ketua yang akan mengetuai mereka.

Jika dilihat pada pengakhiran Guardians of the Galaxy Vol. 2, pasukan Ravagers dilihat mungkin akan mempunyai watak yang besar jika mereka masih terlibat di dalam filem di dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3. Gabungan pasukan Ravagers selepas kematian Yondu telah menunjukkan yang bakal ada sesuatu yang lebih besar menanti mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *