Mat Sabu sangat yakin PAN akan tawan Kedah di PRU14

10/8/2017– Pakatan pembangkang sememangnya hanya pandai cakap berdegar-degar dihadapan rakyat, namun semua cakap macam tin kosong. Kononnya merekalah yang dapat menjamin masa depan rakyat dan negara lebih baik jika mereka berjaya memerintah negara.

Wahal, pakatan pembangkang ini hanya pandai berjanjikan bintang dan bulan sahaja untuk menyedapkan telinga rakyat bagi menyokong mereka. Segalanya akan berubah setelah mereka berjaya mencapai cita-cita mereka.

Jadi, tidak menghairankanlah apabila Parti Amanah Negara (PAN) atau lebih dikenali parti bonek DAP ini cakap besar dan sangat yakin PAN dapat tawan Kedah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Jika dilihat dari satu sudut, kewujudan PAN di bawah pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang pernah dicalonkan sebagai perdana menteri di kalangan pembangkang, hanya semata-mata kerana disebabkan dendam terhadap bekas parti yang mereka sertai sebelum ini iaitu PAS.

Hakikatnya, parti Mat Sabu ini sebenarnya sama sekali tidak mempunyai hala tuju yang khusus melainkan untuk menjadi boneka kepada parti rasis dan cauvinis DAP yang diterajui anak dan bapa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terhormat.

Misi tawan kembali Kedah dikatakan menjadi antara agenda utama dalam PAN yang dijadualkan akan berlangsung pada 15 hingga 17 September depan dan akan disusuli dengan Ceramah Mega Pakatan Harapan.

Mat Sabu berkata Kedah dipilih sebagai lokasi konvensyen pada kali ini disebabkan perkembangan parti itu dan Pakatan Harapan yang kononnya dilihat begitu subur selain dijangka mampu membawa perubahan peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Ramai pemidato dan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan akan ditampilkan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Mat Sabu berkata, sokongan ramai pada konvensyen itu akan memberikan mesej jelas kepada negara khususnya masyarakat di negeri Kedah yang rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu lagi terus ditekan dibawah kerajaan BN.

Inilah sikap pakatan pembangkang yang gemar bercerita mengenai keburukan kerajaan kepada rakyat. Apa sahaja yang dilakukan kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pasti diburuk-burukkan. Mereka lebih suka menyebarkan fitnah untuk mewujudkan kebencian. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *