Mat Sabu tuduh PAS Kedah songlap duit tabung Memali?

Sejak betahun lamanya, wang kutipan derma Tabung Memali menjadi pertikaian dan juga persoalan dikalangan rakyat khususnya ahli-ahli serta penyokong PAS.

Ada yang mendakwa wang hasil kutipan tabung berkenaan diselewengkan, dan juga tidak disalurkan kepada waris mangsa tragedi berdarah Memali. Dan ada juga yang menyalahkan PAS kerana gagal menguruskan hasil kutipan tabung berkenaan dengan baik.

Mat Sabu yang satu ketika dulu antara pemimpin utama PAS Kedah, kini mengelak untuk menjawab berkenaan isu Tabung Memali yang kembali ditimbulkan oleh para penyokong PAS.

Dana yang dikutip untuk membantu waris tragedi Memali pada 1985 diurus dan diagihkan sepenuhnya oleh PAS Kedah, demikian menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

“Tabung Memali ia dibuat di peringkat negeri Kedah, dan pengagihannya dibuat di Kedah dan dijalankan di bawah PAS Kedah,” katanya di sidang media Amanah, tengah hari tadi.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Tabung Memali, yang merupakan hasil harta dan derma ahli PAS dan rakyat Malaysa itu, diselewengkan.

“Itu secara terperincinya kena tanya PAS Kedah memandangkan isu itu telah lama, sejak wujudnya tragedi Memali,” ujarnya lagi.

Dakwaan Tabung Memali diselewengkan ditimbulkan oleh salah seorang pihak yang menguruskannya iaitu Zainon Ismail pada 2013, yang mengatakan lebih dari RM60,000 gagal disalurkan kepada waris dan keluarga mangsa.

Tabung Memali diwujudkan pada 1986 oleh PAS Pusat atas tujuan membiayai kos guaman selepas 14 balu bertindak menyaman kerajaan pusat, selain menanggung kos pendidikan anak-anak yatim dan kos sara hidup mangsa Memali.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub ketika mengulas perkara yang sama memberitahu PAS Kedah pada ketika itu telah berjumpa dengan keluarga mangsa Memali bagi menyerahkan bantuan dari dana yang dikumpul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *