Merogol itu tetap salah walaupun sudah berkahwin dengan mangsa

Pesalah tidak akan dilindungi dan tetap akan dihukum atas kesalahan rogol yang dilakukannya biarpun mendapat persetujuan berkahwin dengan mangsa. 
 
Memetik laporan Malay Mail online, kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat susulan laporan berita semalam di mana menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mangsa rogol yang berusia16 tahun itu berada dalam keadaan baik.
 
Menurut kenyataan kementerian itu, ini adalah jelas dalam kes seorang perogol yang berkahwin dengan mangsanya yang berusia 12 tahun pada tahun 2013, sedang menjalani hukuman penjara.
 
Ia juga menyebut kementerian mengambil pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak digalakkan dan mereka perlu diberi peluang mengembangkan potensi sepenuh tanpa cabaran mental dan fizikal yang datang dengan perkahwinan.
 
“Walau bagaimanapun, kementerian akur keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwinan bagi pasangan berkenaan menurut lunas undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.
 
Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa perkahwinan bawah umur 16 tahun dibenarkan dengan mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.- CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *