‘Mertua selalu bercakap buruk tentang menantu dia sampaikan satu kampung dia cerita’

Salam admin… hari tu ada terbaca pasal kisah mak mertua yang tak suka menantu.. aku baca komen2 banyak juga yg macam senasib dengan aku..

Masa baru2 kawen, aku perasan yg biras aku si amira ni, langsong tak bertegur sape dgn aku.. Dalam keluarga belah mertua, kira si amira ni hidup paling senang la.. ada rumah,ada kereta.. mil aku pun kalau ada apa2, amira ni la yg selalu tolong.. nk di jadi kn cerita, masa open house kat rumah dia, aku ada tertinggal barang kat rumah dia.. n dua hari lepas tu, aku pergilah rumah dia dengan hati yang tak berapa rela… yela.. nak pergi rumah orang yg asik sindir perli aku je.. nanti tak pasal2 dia lempar je barang aku sambil sindir2 aku.. tak ke naya nanti..

Sampai rumah dia, dia jemput aku masuk.. siap buatkan aku cekodok pisang n teh o panas.. So tulah first time aku borak2 panjang dgn dia.. Macam2 yg kitaorang borakkan.. Sampailah hal family mil.. Rupanya selama ni, mil,akak n adik ipar aku mengadu hal aku dekat amira.. Sedih sangat2 bila tahu.. Tapi aku buat2 cool n rilex.. Korang tau, apa yg diaorang mengadu kat amira, sama je macam diaorag mengadu hal amira dekat aku.. cerita yang sama.. mil selalu cerita dgn aku keburukan amira sampai hal dalam kelambu pun mil aku cerita..Jadi macam tulah sebaliknya..

Sekarang ni pada mata mil kami menantu dia mcm tak berguna.. sedangkan kami bersungguh2 jaga dia, jaga hati dia.. ikut kemahuan dia.. mulut dia kadang2 boleh buat kami menangis.. Kadang2 kami fikir balik apa silapnya kami sebagai menantu dia.. Dengan adik beradik mil pun mil bercerita hal aku n amira ni.. Aku tak tahu mana silapnya kitaorang ni sampai mil n ipar2 sanggup melaga-lagakan aku dgn si amira.. Masa mil sakit, aku dgn amira ni yg bersusah payah jaga mil.. Berulang dr rumah ke hospital..Si amira bermalam kat hospital.. Aku kat rumah siapkan ape yg patut n masakkan makanan untuk bekal kan ke hospital.. anak2 perempuan dia yg lain, lepas tangan.. aku dgn amira ni surirumah sepenuh masa.. sama jugalah dgn ipar2 yg lain.. kitaorang semua ada anak umur lebih kurang 2-6tahun..

Macam mana ea nak bagi mil sedar atas kesilapan dia melaga-lagakan anak2 menantu2…mil aku ni ego.. tak pernah nk mengaku salah dia.. Dengan fil pun depan anak menantu,mil aku boleh bodoh2kan ..

Suatu hari suami aku buat sesuatu nak bagi mil aku sedar.. suami aku langsong tak balik rumah lebih kurang sebulan.. Lepas tu balik rumah pun tak bertegur sapa.. Bukan sebab nak derhaka, tapi sebab nak bagi mil sedar dengan apa yang dia dah buat..tapi lain pulak jadinya.. mil pergi jumpa bomoh n dia boleh cerita kat family dia yang aku dah bomohkan suami aku..mil cakap aku bagi suami aku makan benda kotor.. Yaallah tersentak hati aku.. tak pernah terlintas niat nak buat benda khurafat macam tu..

Dengan aku,mil cerita si amira dah bomohkan juga suami dia..mil aku taksub sangat dengan bomoh2 ni.. Sampaikan dia sakit pun, dia jumpa bomoh bukan doktor.. akak n adik ipar aku pulak, batu api.. suka tambah2kan cerita.. sekarang ni, aku n amira dah berbaik.. kitaorang sedar kesilapan masing2 n dah minta maaf.. tapi kitaorang buntu fikir macam mana cara nak sedarkan mil n anak2 dia apa yg diaorang buat tu salah n kitaorang da tau cerita sebenar.. kami nak family ni bersatu macam family yang lain juga.. mil selalu bercakap buruk tentang menantu2 dia sampaikan satu kampung tahu keburukan aku dan amira sedangkan keburukan tu kami tak buat.. Sampaikan si amira n suami aku langsong tak bertegur sapa kat rumah mil disebabkan mulut mil, akak n adik ipar aku..

Aku n amira sepakat untuk minta pendapat warga krt mcm mana nak bg mil sedar apa yang dia da buat.. Hati siapa yg tak sedih bila mil sendiri yang bercerita keburukan kita pada orang luar..

Kami ingatkan cerita drama Andainya Takdir hanya drama semata2.. rupa2nya terjadi kat kami juga..

Tq admin siarkan kisah kami menantu2 yang teraniaya.

Sumber – KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *