Mukhriz dakwa Orang upahan UMNO buat kecoh di Nothing To Hide 2.0

Program yang diadakan di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 di sini itu bertukar kecoh ketika Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad sedang berucap.

Tun Dr. Mahathir yang sedang berucap mengenai tragedi Memali ketika itu, telah dibaling dengan selipar oleh salah seorang penonton kemudiannya diikuti dengan balingan botol serta kasut.

Keadaan bertukar kecoh apabila mercun suar mula dinyalakan dan kerusi berterbangan sehingga menyebabkan beberapa penonton cedera.

Pemimpin-pemimpin Pakatan yang hadir di program berkenaan bertempiaran lari kebelakang pentas sambil dikawal ketat oleh pihak keselamatan program tersebut.

Dalam satu kenyataan dilaman media sosial, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuduh kekecohan didalam program berkenaan dilakukan oleh individu yang diupah oleh UMNO.

Menurut Mukhriz, individu-individu yang membuat kecoh tersebut adalah budak suruhan UMNO yang menyamar sebagai ahli Armada.

“Berlaku kekecohan bila budak2 suruhan UMNO menyamar sbg Armada baling sua, botol air, kerusi & selipar kearah Tun M di Program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam tadi.

“Tun berdua selamat dibawa keluar dari dewan. Alhamdulillah keadaan terkawal”.., ujar beliau.

Sebelum ini, kumpulan Armada PPBM telah mencetuskan kekecohan apabila cuba membawa masuk banner serta sepanduk ke Bangunan UMNO di PWTC. Mereka menggunakan alasan untuk menyerahkan surat jemputan untuk Program Nothing to Hide 2.0 kepada Perdana Menteri. – Utaranews.com

One thought on “Mukhriz dakwa Orang upahan UMNO buat kecoh di Nothing To Hide 2.0

  • 14/08/2017 at 5:34 pm
    Permalink

    Ya allah… Apa punya manusia ni..sampai baling kerusi.. Kesian org lain yg kene.. Org2 tua..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *