Pasukan berbasikal trek Malaysia memenangi 11 daripada 13 pingat emas

NILAI: Pasukan berbasikal trek Malaysia membuktikan dominasi mereka pada Sukan SEA Ke-29 dengan memenangi 11 daripada 13 pingat emas ditawarkan dalam pertandingan berbasikal trek yang berlangsung di Velodrome Nasional, di sini.

Juara keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang yang memakai jersi  Pelangi beliau merangkul emas acara keirin lelaki dengan catatan masa 10.468s untuk mengatasi rakan sepasukan Mohd Shariz Efendi Mohd Shahrin manakala Md Nur Fathoni daripada Indonesia meraih gangsa.

Sementara itu, seperti diramalkan Fatehah Mustapa memenangi pingat emas keempatnya dalam Sukan SEA pada final keirin wanita dengan mengalahkan rakan sepasukan Farina Shawati Mohd Adnan manakala gangsa menjadi milik Watinee Luekajorn daripada Thailand.

Dengan kemenangan itu, Fatehah daripada Terengganu menjadi pelumba basikal wanita pertama meraih paling banyak pingat emas dalam Sukan SEA dengan empat pingat emas.

Sumber – Bernama/Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *