Pemilik Homestay Di Ipoh Pasang CCTV Untuk Rakam Aksi Bogel Tetamu Sedang Mandi

Inap desa atau homestay merupakan satu pilihan alternatif bagi pelancong untuk mendapatkan kos penginapan yang lebih murah. Namun bagi seorang pemilik homestay di Ipoh ini, mungkin ada niat yang lain.

Mengikut satu laporan dari New Straits Times, seorang pemilik homestay telah ditangkap kerana telah merakam aksi bogel tetamunya yang tengah mandi.

Lim Lai Heng, pemilik kepada Ipoh Garden Homestay telah didakwa sebanyak tiga kali kerana telah mengaibkan kehormatan lapan sekeluarga yagn ketika itu berusia antara 17 dan 53 tahun.

Tertuduh mengaku bersalah memasang kamera CCTV di dalam bilik air di tingkat atas bilik homestay miliknya dengan niat untuk merakam aksi tetamu yang sedang mandi.

Menurut laporan Malaysian Digest, mahkamah telah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM4,000 untuk tuduhan pertama dan kedua manakala bagi pertuduhan ketiga pula Lim diarah membayar RM2,000. Lim juga bakal dipenjara 18 bulan jika gagal membayar denda tersebut. – ks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *