Pengotor..Ayu Ting Ting Makan Sambil Garu-Garu Ketiak

Penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting kembali menjadi bahan sindiran netizen Indonesia dan kali ini sekali lagi mengenai aksinya menggaru ketiak.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, menunjukkan Ayu sedang menikmati makanannya. Tetapi apa yang kurang sedap mata memandang Ayu makan sambil memegang ketiaknya atau senang kata, mengaru-garu ketiak. Selepas menggaru, Ayu kemudian menyambung semula menikmati hidangannya.

..

Kelakuan selebriti berusia 25 tahun ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Malah ada yang mendakwa, Ayu mungkin mengalami masalah penyakit kulit.

Sebilangan pengikut menyarankan Ayu supaya segera mengubati penyakitnya. Ada juga yang memberi komen berbaur sindiran, mengatakan masakan dia tidak mampu menjalani rawatan sedangkan hidupnya mewah.

Ada juga yang mendedahkan, kelakuan Ayu itu bukan kali pertama tetapi sebelum ini dia juga pernah dilihat asyik tergaru-garu ketika muncul di dalam satu temubual, barangkali sudah menjadi habit penyanyi itu. – md

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *