Penyokong anggap Azmin dan Muhyiddin mampu menangkan Pakatan.

Belumpun menjalankan tugas selaku Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sudah dipuji melambung oleh orang-orang kuatnya.

Ada dakwaan, Azmin dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan gandingan mantap yang mampu memenangkan PH pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Justeru, berkokoklah macai-macai Azmin Ali yang menyatakan gandingan bossnya yang diberi tanggungjawab selaku Pengarah Pilihan Raya PH dan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pilihan Raya PH sebagai tanda-tanda kemenangan gabungan itu.

Status terbaru Latheefa Koya mencerminkan gabungan itu mampu untuk memperkukuhkan jentera PH malah turut menggegarkan jentera Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 kelak.

“Gandingan kebijaksanaan serta pengalaman Azmin Ali dan Muhyiddin Yasin sebagai pengarah Pilhan Raya serta pengerusi Pilihan Raya PH akan membawa kepada kemenangan PH, insyaAllah!

“Orang yang dengki bising-bising tak tentu arah sorrylah – negara ini takde masa dengan rintihan penuh prejudis korang ni,” tulis Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR itu hari ini.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi menerajui usaha gabungan itu untuk menawan Putrajaya pada PRU-14.

Malah, Azmin akan turut menyertai Jawatankuasa Pilihan Raya yang dipengerusikan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

Selain Azmin, Mohamad Sabu turut dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi.

Sementara itu, Ketua Wanita, PKR Zuraida Kamaruddin juga dilantik sebagai Ketua Angkatan Wanita PH. – MalaysiaGazette.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *