Perisai Komuniti FA Inggeris : Chelsea Terkulai Di Tangan Arsenal

LONDON – Juara Piala FA, Arsenal muncul juara Perisai Komuniti FA Inggeris selepas menang menerusi penentuan sepakan penali 4-1 menewaskan juara Liga Perdana, Chelsea malam ini.

Olivier Giroud muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Arsenal dalam penentuan sepakan penalti.

Pemain Chelsea, Victor Moses sebelum itu membuka jaringan pada minit ke 46 sebelum pemain gantian Arsenal Sead Kalasinac menyamakan kedudukan pada minit ke 82.

Tamat masa penuh perlawanan, kedua-dua pasukan terikat satu sama.

Memaksa penentuan penalti yang berpihak kepada Arsenal. – aw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *