Perompak semakin berani merompak salon kecantikan di Setia Alam

Kejadian ragut, rompak dan jenayah sering berlaku dan semakin berleluasa di mana-mana sahaja. Penjenayah hari ini dikatakan semakin berani untuk melakukan apa saja jenayah dengan berbagai taktik dan kaedah yang digunapakai.

Beberapa hari lalu seorang wanita yang dikatakan telah dirompak sewaktu sedang berada di dalam sebuah pusat kecantikan dandanan rambut di Setia Alam yang ketika sedang mencuci rambut.

Wanita berkenaan Eunice Chew Zi Xin bersama ibunya telah berkongsi detik yang menakutkan itu melalui laman sosial Facebook miliknya dan turut memberikan amaran kepada semua terutamanya wanita agar berhati-hati walau di mana sahaja.

Menurut wanita tersebut, semuanya bermula apabila seorang lelaki yang memasuki ke salon tersebut serta berpura-pura ingin mewarnakan rambutnya. Pemilik kedai terbabit merasa curiga dengan lelaki berkenaan dan telah menolak permintaan lelaki itu yang dikatakan enggan meninggalkan kedai tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki tersebut didapati memasuki ke bahagian belakang kedai tersebut dan memberikan alasan ingin pergi ke tandas. Kemudiannya dia dilihat memberikan isyarat kepada dua lagi rakannya yang sedang menunggu di luar agar masuk dengan segera.

Selepas mereka masuk ke premis tersebut, salah seorang daripada lelaki terbabit telah mengeluarkan sebilah parang dan meminta kepada pemilik kedai berkenaan agar menyerahkan duit serta telefon bimbit miliknya. Suspek turut menyuruh pemilik kedai terbabit mematikan dengan segera aplikasi ‘Find My Iphone’ untuk mengelakkan daripada dirinya dikesan selepas memilik telefon berkenaan.

Kemudiannya, semua suspek tersebut dilihat berjalan menuju ke arah Eunice dan ibunya yang sedang mencuci rambut. Suspek dikatakan telah meminta mereka menyerahkan barang kemas, telefon dan juga duit sebelum mereka bergegas melarikan diri dan telah meninggalkan sebuah beg yang dipercayai ditinggalkan tanpa disengajakan.

Apabila diperiksa pada beg tersebut, ianya mengandungi sejumlah serbuk yang dipercayai dadah dan lebih menghairankan pemilik kedai tersebut adalah berkaitan dengan pintu premis berkenaan yang boleh dibuka hanya menggunakan alat kawalan jauh dan mungkin suspek turut mempunyai alatan khas yang menyebabkan penjenayah berkenaan berjaya memasuki ke premis itu tanpa sebarang masalah.

Sumber – koleksiviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *