Rakyat Singapura belum terima idea tempat larangan merokok

SINGAPURA: Dengan pemerintah semakin giat menjalankan usaha membendung tabiat merokok di kalangan penduduk, sejauh manakah langkah tersebut akan berhasil?

Langkah terbesarnya baru-baru ini ialah menjadikan kawasan Orchard Road sebagai zon bebas merokok menjelang pertengahan tahun depan.

BERITAMediacorp meninjau adakah kemudahan yang disediakan setakat ini mencukupi? Sudahkah rakyat setempat bersedia menerima perubahan itu?

KEUTAMAAN MESTI DEMI GOLONGAN BUKAN PEROKOK

Menjelang 1 Julai 2018, Orchard Road yang dikenali sebagai ‘syurga membeli-belah’ mendapat satu lagi gelaran baru – iaitu zon bebas merokok.

Merokok diharamkan di semua tempat-tempat awamnya, kecuali di ruang-ruang tertentu seperti di sudut khas merokok ini.

Usaha sedemikian dimulakan NEA bersama Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA) sejak Ogos 2015.

Sejak lewat tahun lalu, lima sudut merokok disediakan di beberapa lokasi sekitar Orchard Road – sebagai sebahagian daripada kajian pemerintah meninjau keberkesanannya dalam membendung kegiatan merokok di kawasan ini.

“Saya rasa kewujudan fizikal juga memberi satu peringatan bahawa sebagai seorang perokok, anda mempunyai tanggungjawab melindungi orang lain daripada asap rokok anda,” kata Dr Helen Smith dari Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

“Jadi saya rasa keutamaan kita mestilah golongan bukan perokok. Mereka membentuk sebilangan besar masyarakat kita dan mereka yang diletakkan dalam keadaan merugikan apabila seseorang itu memilih untuk merokok. Jadi perlu sentiasa bertolak ansur,” tambah beliau.

PEROKOK MELIMPAH KELUAR DARI TEMPAT KHAS

Pada waktu makan tengah hari tempat khas merokok di luar Far East Plaza kelihatan sesak – kadang-kala melimpah keluar ke kawasan sekelilingnya.

Namun keadaan berubah apabila hujan turun.

“Laluan hendak pergi ke tempat merokok juga tidak berbumbung. Jadi, kalau hujan lebat, susah kita hendak jalan pergi sana,” Encik Khairi Abdul Karim yang bekerja di Orchard Road memberitahu BERITAMediacorp.

Sebaliknya, ruang di bawah jambatan berdekatan dijadikan tempat alternatif untuk merokok.

Masalah yang sama turut dilihat di Orchard Towers yang mempunyai sebuah sudut merokok tidak berbumbung.

Apabila hujan, kaki lima di bangunan itu juga mula ‘berasap’.

“Sebenarnya ia tidak banyak membantu fasal kebanyakan perokok akan merokok di mana-mana sahaja. Mereka tidak merasakan ia membantu golongan bukan perokok
– BERITAMediacorp/nk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *