Ratu ski air Aaliyah Yoong mencipta kejutan memenangi pingat emas

RATU ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas keduanya selepas melakukan lompatan sejauh 32.6 meter dalam acara jump Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Tasik Putrajaya, hari ini.

Perak pula dimenangi pemenang emas Sukan SEA Singapura 2015, Rossi Amir dari Indonesia yang melakukan lompatan sejauh 30.8 meter.

Gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Indonesia Nur Alimah Priambodo.

Terdahulu, Aaliyah turut menghadiahkan perak kepada kontinjen Malaysia selepas mencatat mata 2.00/55/13 dalam acara slalom.

Aaliyah akan akan turun ke Tasik Putrajaya petang nanti bagi mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA dalam acara kegemarannya, trick.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *