Remaja 17 Tahun Ditampar Menggunakan Selipar

Di Filipina, pengangkutan awam adalah cara yang paling murah dan mudah untuk seseroang tidak mempunyai kenderaan sendiri gunakan untuk pergi ke tempat kerja atau sekolah. Namun, walaupun murah, pengangkutan awam juga mempunyai beberapa keburukkan yang membuatkan kita berasa malas untuk menggunakannya.

Pengangkutan awam di Filipina adalah bas ataupun Public Utility Jeepneys (PJJ). Setiap penumpang kedua pengankutan awam itu terpaksa berhadapan dengan beberapa pengalaman yang tidak disenangi. Lebih mengerikan jika terpaksa berhadapan dengan penumpang yang kurang ajar dan tidak bertimbang rasa.

Seorang netizen Filipina berusia 17 tahun telah berkongsi pengalamannya menggunakan pengangkutan awam di Facebook dan perkongsian wanita itu telah menerima pelbagai reaksi dari pengguna Facebook yang lain.

Pengguna yang bernama Grasya Cartagena itu mendakwa seorang wanita telah menamparnya dengan menggunakan selipar kerana dia meminta wanita itu untuk bergerak ke tepi sedikit.

Menurut Grasya, dia bersama kawannya telah meminta wanita itu supaya ke tepi sedikit kerana keadaan menjadi bertambah sempit dengan penumpang yang semakin ramai. Tetapi, bukannya ke tepi, wanita itu bertindak menampar Grasya menggunakan seliparnya dengan sangat kuat sehingga timbul sedikit lebam wajah Grasya.

Apabila mereka cuba mengambil video wanita itu, kawan kepada wanita itu pula telah menampar kawan Grasya dan memberi amaran kepada mereka berdua supaya berhenti merakamkan video.

Grasya dan kawannya hanya mengalami kecederaan ringan seperti calar dan bengkak di bahagian muka. Grasya menambah yang kedua-dua wanita itu juga telah mengugut mahu memukul mereka sebaik sahaja mereka turun dari jeep itu.
Meksipun terdapat beberapa netizen yang berpihak kepada Grasya dan juga kawannya, ada juga sebahagian netizen yang meragui kisah Grasya itu.

Menurut video yang telah dipadam oleh Grasya, kedengaran wanita yang menampar Grasya itu mengatakan yang Grasya dan juga kawannya tidak menghormati wanita. Dan itu membuatkan wanita itu bertindak menampar Grasya dan kawannya.

Sementara itu, netizen yang mendakwa dia adalah salah seorang dariapda penumpang jeep itu mengatakan yang Grasya dan kawannya itu patut ditampar kerana sikap mereka yang kurang ajar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *