Restoran Makanan Laut Beri Diskaun Kepada Pelanggan Wanita Berdasarkan Saiz Bra

Sebuah restoran makanan laut di Hangzhou, China telah berjaya mencetuskan ribut mengenai saiz bra melalui gimik pemasaran baru mereka dengan menawaran diskaun kepada wanita berdasarkan saiz payudara mereka.

Berdasarkan poster yang diletakkan di luar restoran Trendy Shrimp bersama tagline – ‘the whole city is looking for BREAST’, menawarkan kepada wanita yang mempunyai cup bra bersaiz A diskaun sebanyak 5%, sementara wanita yang bersaiz cup G (payudara yang berukuran 25cm) akan mendapat potongan harga sebanyak 65%.

Malangnya, jika bercakap mengenai seksism yaa tawaran itu hanya dilakukan kepada wanita sahaja dan bukan lelaki.

Namun, tawaran tidak senonoh yang hanya bermotifkan untuk menaikkan jualan restoran makanan laut itu telah membuat netizen marah sehingga menuduh restoran itu atas tindakan keterlaluan dan diskriminasi terhadap wanita.

Menurut laporan Qianjiang Evening Post, poster itu telah di buang dari restoran tersebut, tetapi Pengurus Besar Restoran Trendy Shrimp tetap mempertahankan tindakan kedainya itu sebagai ‘kejayaan’. Dia menyatakan yang tawaran itu telah menyebabkan pelanggan restoran meningkat sebanyak 20%.

Dia malah menambah yang sesetengah pelanggan wanita muda dengan “bangga” menunjukkan saiz payudara mereka untuk mendapatkan makanan laut dengan harga yang murah. Namun terdapat juga wanita sederhana yang akan meminta diskaun mereka secara rahsia daripada pelayan wanita dan mengelakkan pertemuan kekok dengan pelayan lelaki atau dirinya sendiri.

Sebelum ini, sebuah restoran China juga pernah mengunakan teknik pemasaran yang sama. Sebuah restoran di Zhengzhou telah menawarkan makanan percuma kepada mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik. Manakala sebuah restoran hotpot di Shandong pula akan memberikan diskaun kepada wanita yang memakai skrit pendek – semakin pendek skirt pelanggan wanita itu, semakin bagus tawaran diskaun yang akan diberikan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *