Robert Pattinson Diminta Berasmara Dengan Anjing Dalam Filem Good Time

Pelakon filem francais Twilight, Robert Pattinson terpaksa menolak arahan sutradara filem terbaharunya untuk melakonkan adegan seks bersama seekor anjing bernama Connie.

Ketika penggambaran filem seram Good Time, pengarahnya Ben dan Josh Safdie mahukan Robert menyentuh kemaluan anjing jantan itu.

“Babak itu memaparkan aksi seorang pengedar dadah yang memasuki sebuah bilik dan melihat saya sedang tidur bersama seekor anjing dan sedang menyentuh kemaluannya.

“Namun, saya enggan melakukannya walau babak itu dirakamkan dalam helah kamera tertentu sehingga memaksa kru meletakkan kemaluan anjing yang palsu,” katanya ketika satu temu bual dalam rancangan Jimmy Kimmel.

Tindakan itu dipuji oleh Organisasi Perlindungan Hak Haiwan PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) dan menyifatkan haiwan tidak sepatutnya terbabit dalam dunia seni.

Bagaimanapun, Robert menjelaskan kenyataannya tentang adegan seks bersama anjing itu sekadar buah fikiran spontan untuk mengundang ketawa ketika rancangan bual bicara televisyen itu.

“Saya rasa malu apabila cubaan untuk membuatkan penonton tergelak menjadi perkara serius dan orang awam tersalah anggap,” tambahnya.

Filem Good Time bakal ditayangkan pada 17 Ogos dan dibintangi oleh Jennifer Jason Leigh, Ben Safdie dan Robert sendiri. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *