Sebanyak 3% Inventori Bateri Samsung Dimusnahkan Setiap Bulan Dalam Ujian Keselamatan

Nama baik Samsung tercalar tahun lalu kerana insiden letupan bateri yang melibatkan Galaxy Note 7. Kesemua peranti terpaksa ditarik dari pasaran kerana berlaku kecacatan pada rekaan dan pengilangan bateri.

Jenaka Note 7 adalah bom jangka memenuhi setiap pelosok media sosial. Samsung berjanji akan meningkatkan tahap ujian bateri mereka bagi mengelakkan insiden memalukan ini berulang.

Tetapi sejauh manakah keseriusan Samsung bagi memastikan keselamatan peranti keluaran mereka. Mereka berkongsi tentang proses yang dilakukan di bawah program keselamatan lapan langkah yang diperkenalkan selepas insiden Note 7.

Akibatnya 3% inventori bateri musnah setiap bulan atas nama keselamatan. Apakah pendapat anda tentang langkah keselamatan Samsung? Adakah mereka berjaya memulihkan kepercayaan anda? – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *